i'm a price tags,,

Friday, December 31, 2010

byebye 2010 hello 2011. today will become history , let's make tomorrow a mystery


hye 2011 , goodbye 2010. !!!!!
haha , comfirm la malam ni semua blogger update blog pasal nak sambut tahun baru ni. aku bet semua la. haha . yela , mane taknye , aku sebagai junior blogger pon ade gak tulis pasal new year celebration . apetah lagi senior2 blogger ! haha .ok2 , ceritalah korang pasal 2010 ni. comfirm ade kisah sedih la, mane yang putus cinta la, mane yang makwe lari time nak kahwinlah, accidents la,result teruk la, nak bunuh diri , itu ini.gasaklah !2010 had meant alot for  me. nampaknye tinggal nostalgia jela ye.tape2 , kenangan 2010 akan aku lekatkan, cellotapekan dekat soul aku.


nampaknya tak perlulah aku nak wish happy new year coz baby boy aku kat atas ini da wishkan. haha . wakil aku ni. tenkiu baby boy. macam miss universe pulak kau. haha. kalah SANDRA BULLOCK. i like.



macam biasalah , soalan retro yang same dan takkan pernah berubah walau dimakan anai2 usia. 




AZAM tahun baru. senang cerita, kalau takde soalan ni, memang tak sambut tahun barulah kite. haha.
aku ada , banyak. macam tahun2 lepas la jugak jawapan aku bile orang tanye.
yang tercapai satu dua je. haprak, habok pon takde kadang2.


scale? tahun 2010 aku nak kurangkan digit kat scale ni la. ! serious ni .wa takkan main2 dalam projek makan berjuta2 ni ok ! ecehhh. poyozz.



kali ini aku harap mission bawak name negara ni akan berjaya la. moge2 ! 
tak perlu lah nak trainer2 ni macam dalam  THE BIGGEST LOSER tu . own skill  and manageable sudah. tak tension . i'll deal it with my own way !

oklah, ni jela entry tok tahun baru !

yang penat search gambar,
farahetika.

Wednesday, December 29, 2010

starlight tears. saya sangat3 suke lagu ni.sedih+pilu+mendayu=PATHETIC


ni version korea.






english version.

im too addicted to BOYS OVER FLOWER and this is what happening to me right now!

tahniah MALAYSIA =) kemenangan sudah di tangan anda. tapi saya rasa u could done more !

GOL !! fine, MALAYSIA dah capai expectations semua warga MALAYSIA .firstly, I would like to wish a tan of congratez to MALAYSIA team, tapi mostly wish ni aku tujukan pada our man of the match, KHAIRUL FAHMI .

  
KHAIRUL FAHMI

memang terbaik dari ladang la. haha . terbaik dari KELANTAN actually abe kite ni .abang RAJAGOBAL kite tak salah pilih pemain. aku rase la, kalau fahmi oppa ni takde malam ni, mahu indon menang sengit dengan kita. 
tengok jela skil indon main malam ni, sangat HARSH gile. fine, memang patot punlah indon buat macam tu. mase semakin singkat .emosi mesti kate nak memang tapi tak jugak dapat peluang tok gol. first half memang sengit la weyy. kesian aku tengok FAHMI. comfirm menggelupur nyawa dia. mane taknya, bola asyik terjah die. tapi nasib baik dia pandai kawal keadaan. he seems to be cool. tapi dalam hati, aku pon paham ape yang dia rasa. maklumlah, I KNOW WHAT HE DID LAST FEW MINUTES IN THE GAME. haha. weyh, serious tak tipu ni, aku memang nampak dengan limpa aku yang ade orang nak sabotaj FAHMI. main laser.! takde plak nak bunyi wisel ! grrr.
tapi takpe, hero tetap hero.nasib baik mate dia takde complication. 

  
IRFAN BACHDIM

haha. jelas terserlah kehampaan muke kau. konon convert gn BAMBANG boleh menang la kan? harapan. selalu lepas mase kedua mesti ade yg jaringkan gol ! 
SAFEE dapat golkan 1 tapi indon 2 ! thank GOD tak lepas kite. haha. mungkin rakyat malaysia, ramai yang buat solat hajat untuk kemenangan MALAYSIA. 
pemain indon banyak pulak yang kena yellow card. yang paling sedih , the man  i waiting for is not performing la , AMIRULHADI, dia kena gantung . grr. kasihan dia . takpelah, boleh dia take a nap  sebelah rajagobal.haha.
ape yang aku notice tadi , muke coach indon macam ADOLF HITLER.


coach indon,alfred riedl


adolf hitler

name pon dah nak dekat same. keturunan kot. haha. lain datuk. kan? haha
4-2
terbaiklah !!!!
okay , i think enuff for now. CSI tgah seru aku tengok dia. haha.


CSI , eddie cahill
wasalam,
with love,
farah               10:30 pm

Monday, December 27, 2010

bacalah sehingga habis

Assalamualaikum saudaraku

Baca jika anda ada masa untuk ALLAH. 

Bacalah sehingga habis. 

Saya hampir membuang email ini namun saya telah diberi keberkatan untuk membaca terus hingga ke penghujung. 

ALLAH , bila saya membaca e-mail ini, saya fikir saya tidak ada masa untuk ini... Lebih lebih lagi diwaktu kerja. 


Kemudian saya tersedar bahawa pemikiran semacam inilah yang .... Sebenarnya, menimbulkan pelbagai masaalah di dunia ini 


Kita cuba menyimpan ALLAH didalamMASJID pada hari Jumaat ....... 


Muingkin malam JUMAAT? 


Dan sewaktu solat MAGRIB SAJA? 


Kita suka ALLAH pada masa kita sakit.....


Dan sudah pasti waktu ada kematian... 


Walau bagaimanapun kita tidak ada masa atau ruang untuk ALLAH waktu bekerja atau bermain? 


Kerana... Kita merasakan diwaktu itu kita mampu dan sewajarnya mengurus sendiri tanpa bergantung padaNYA. 


Semoga ALLAH mengampuni aku kerana menyangka...... 


Bahawa nun di sana masih ada tempat dan waktu dimana ALLAH bukan lah yang paling utama dalam hidup ku. (nauzubillah) 


Kita sepatutnya senantiasa mengenang akan segala yang telah DIA berikan kepada kita. 

DIA telah memberikan segala-galanya kepada kita sebelum kita meminta. RENUNGKANLAH 

Sebarkan lah seandaianya ANDA BENAR-BENAR MENGHAYATI!!! 


Ya aku CINTA ALLAH 


Dia adalah sumber kewujudanku dan Penyelamatku 


IA lah yang menggerakkan ku setiap detik dan hari. TanpaNYA aku adalah HAMPAS yang tak berguna. 


Ini adalah ujian yang mudah. 


Kalau anda benar meyintai ALLAH dantidak berasa malu akan segala kebaikan yang telah diberi ALLAH kepada mu.... 

Kirimkan kepada orang . 


Sekarang!!! Anda ada masa kah untuk berbuat demikian? 


Pastikan anda scroll hingga ke penghabisan. 


Susah….... Senang 


Kenapa susah sangat nak sampaikan kebenaran? 


Kenapa mengantuk dalam MASJIDtetapi sebaik saja selesai ceramah kita segar kembali? 

Kenapa mudah sekali membuang e-mail agama tetapi kita bangga mem 'forward' kanemail yang tak senonoh? 

Hadiah yang paling istemewa yang pernah kita terima. 

Solat adalah yang terbaik.... 


Tidak perlu bayaran , tetapi ganjaran lumayan. 


Notes: Tidak kah melucukan betapa mudahnya bagi manusia TIDAKBeriman PADA ALLAH setelah itu hairan kenapakah dunia ini menjadi neraka bagi mereka. 


Tidakkah melucukan bila seseorang berkata 'AKU BERIMAN PADA ALLAH' TETAPI SENTIASA MENGIKUT SYAITAN. (who, by the way, also 'believes' in ALLAH). 

Tidakkah melucukan bagaimana anda mampu hantar ribuan email lawak yang akhirnya tersebar bagai api yang tidak terkawal., tetapi bila anda hantar email mengenai ISLAM, ramai orang fikir 10 kali untuk berkongsi? 


Tidakkah melucukan bagaimana bila anda mula menghantar mesej ini andatidak akan menghantar kepada semua rakan anda kerana memikirkan apa tanggapan mereka terhadap anda atau anda tak pasti samaada mereka suka atau tidak?. 


Tidakkah melucukan bagaimana anda merasa risau akan tanggapan orang kepada saya lebih dari tanggapanALLAH terhadap anda. 


Aku berDOA, untuk semua yang menghantar mesej ini kepada semua rakan mereka di rahmati ALLAH.

Sunday, December 26, 2010

malaysia memang powerlah. macam ni barulah syok nak tengok =)




hurray , sebagai rakyat malaysia yang bersemangat bola, waja,kental,bantal , buntal , aku sangat happy la malaysia dapat menang hari ni. sempena dengan AFF SUZUKI CUP.
setelah bertungkus lumus tewaskan vietnam dan lain2, akhirnye MALAYSIA berjaya. tahniah ye. 3-0 , banyak uhh.
setelah tewas dengan mat indon beberapa minggu lepas , at last , lepas jugak stage ni..
lepas ni, kite tinggal tunggu la ye battle kat indon plak.
comfirm la malaysia memang. aku nak RAJAGOBAL hepi je. nak tengok die senyum. haha . tetibe je pulak.
jangan risau, comfirm menang la. PASTI. *muka yakin ni*
aku suke sangat tengok AMIRULHADI. muke die macam star korea sikit. perasan tak? macam KIM HYUN JOONG.
haritu, keluarlah 1 cerita yg kata jersi malaysia colour kuning memang takde ONG. tak tahulah sejauh mane kan kebenaran tu.
tapi bila tengok video2 balik, memang selalu bile malaysia pakai jersi kuning, kalah . bukan ungkit tragedi lama, tapi kite pernah kalah teruk seyh dengan indon ni.alaaa, ni dulu la..now da tak. cehh.. aku bukan nak percaye mende ni la.ade jugak betolnye.
lantaklah pasal mende remeh ni. haha. gamat betol rumah aku tadi. ibu aku menjerit2 . kan da kene marah dengan ayah aku. padan muke. haha.
keluar semua anai2 dalam rumah aku akibat wave mak aku asyik jerit.
anai2, mulai hari ini, kau pergi cari rumah lain untuk bertandang ye.
makan kasi habis kayu2 rumah dorang tu.hahaha


ni lah AMIRULHADI, jersi biru
tapi gambar ni tak menyerlahkan muke die la.tapi not bad ape.




fahmi , apek. keeper terbaik ,tercekap malaysia la.

tapi tadi, mamat ni yang golkan malaysia 2 kali. tahniah SAFEE !



lagi sorang yang golkan ASHARI. haha . ayah aku tu. hehe. poyo je.
tetibe aku bangga pulak jadi rakyat malaysia.
lepas ni kalau aku jumpe mat indon kat tepi2 jalan terutama kat MC, MELAKA SENTRAL boleh la aku baling batu kat kepala dorang. haha . 
aku suke part yang tanduk bola tok goal tu. tandukan padu seyh.
malam ni, tidur dengan nyenyak la korang ye. tapi aku taknak sorang pon dengkur taw.goooorrr. aku taknak dengar bunyi tu. haha
ok la, ni je nak share.

ngantuk da, nak tido, zzz
wasalam,
with love,
farah                 11:42PM

GRENADE ..



             check out this song lyrics, i bet , you will get in love with dis guy as i am !



wasalam, 
with love, 
farah                                 4:36 PM

Saturday, December 25, 2010

Kalau nak potong daging , kene lawan arah urat daging ye =)

Ehem3. ok, aku nak mengaku yang hari ini aku baru pandai nak potong daging di dapur. haha..
jangan la pelik pulak ye , memandangkan hari ini ibu dengan ayah aku nak pergi KL hari ini , jadi ringan tulang la aku . konon tunjuk baik la. biar ibu aku cerita kerajinan aku di rumah tolong dia kat dapor kat makcik2 aku.haha.nak mencapap je
sekurang2nya bila aku tersedak , aku tahu la ibu aku tengah puji aku. haha . 
*ada udang sebalik cangkerang pulak buat baik*


frankly ni, aku mang tak berapa gemar ye dok dapur .selagi ibu tak seru aku 3 kali panggil pergi dapor , jangan harap aku akan jejak dapur . kalau mood aku baik, adelah ziarah dapur jugak time ibu aku tengah masak. tapi kalau nak tunggu mood baik aku datang nak masuk dapur , tunggu la beberapa purnama dulu ye .barulah terciptanya mood baik itu. jarang mood baik ni menyerpa aku.
boleh hitung dengan jari la dalam setahun.
ibuku sayang, jangan bersedih ye. selalu la doa agar anakmu ini akan rajin ke dapor dan menolong ape yg patut selain belajar memasak.
*poyo je ayat*
aku ni bukan ape , bukanlah kate tak minat masak, minat tu ade. yang cukup aku lemah bila masak ade letup2.sakit gila lah! ingat tak panas ke kene minyak panas.


minyak ni kalau panas then terpercik, sakit!!


masak ni pon letup2. tak suke3.


waspada ye kalau nak masak.sediakan semua security stuff.haha.


ok2lah , balik ke cerita asal . aku ni selalu la lari tajuk.nasib baiklah karangan aku dulu tak pernah terpesong . haha . ibu aku suruh la aku potong daging yang beliau da rendam agak lame selepas suboh. biar lembutlah daging tu .
selama ni daging tu best je berkubang kat freezer atas kan. nak sejok je. rasakan, hari ni kau rasa suhu malaysia pulak. haha
sangat janggal la aku nak potong daging tu.
pelik je aku tengok daging tu. agaknye daging tu pon kalau boleh cakap,die comfirm pening. mane tak nye, berpusing2 aku pegang dia.
hoi daging, aku lagi lah! dah tahap sampai perlu makan paracetamol . tak berapa clear la urat kau.! haha .
nasib baiklah mata aku ni elok lagi belom rosak walaupun selalu hadap tv.
ibu pesan kalau nak potong daging , mesti lawan arah urat dia. 
biar kalau kita nak rebus , cepat empuk.*tips ni*


setelah 1jam, selesai la misi aku potong daging hari ini.kerja ni selalu ibu aku siap dalam 10-15 minit je , aku pulak. 60 minit . ala, ape aku peduli, siap  jugak ape. aku berjaya. haha .tahniah untuk aku.
aku ni kire boleh dicop sebagai wirawati jugak la! tahu kenapa?
aku bukan setakat potong daging , tapi sempat berlawan pedang dengan



aku sangat geram dgn makhluk ni!!!
tak jelas? ok , aku up lg gambar dia tok tontonan.


housefly la.
urrghh aku sangat benci terhadap dirimu!
ok la, 2 je nak cerita. sekadar berkongsi. nati bile da tue, tingat balik hari ni mesti best! lol

nak take a nap dulu,
wasalam.
with love, 
farah                10:36PM

Thursday, December 23, 2010

pastikan anda sudah 18 tahun untuk tonton cerita ini.

" bang , saya da 18 tahun la . tak caye ke ? nak tengok ic? "
da keluar statement macam tu baru nak percaye.
aku ingat cerita ni umum , rupenye kene jgak 18 above. yeay! i'm 18 la, first raye lagi. semalam , aku , qurratu n oya tengok cerita ni .



THE SOCIAL NETWORK

cerita ni sangat complicated , yet sangat berinformasi la.
tak ramai pon tengok cerita ni semalam, maklumlah tayangan cerita ni start 
2/12 . kami tengok da lambat sikit la. tapi not bad la.
cerita ni kisahkan pasal how facebook invented. ok, sekarang takde sape ley tipu aku pasal facebook2 ni. aku lagi tahu. ceh , kerek la pulak.
dari A-Z la aku tahu pasal ter-invent-nye mende ni.
mula dari facemash , the facebook lastly facebook.ha , kan da pandai tu.haha
tengok punye tengok tak sah kalau tak cuci mate.aku minat sorang ni . character Eduardo Saverin.name dia Andrew Garfield.


andrew yang kiri tu. yang kanan tu sebenar Eduardo.
thanks to oya yang mudahkan aku dapat gambar ini. tak payah aku susah2 googled . haha.


menurut oya , dia bawa watak spiderman tok SPIDERMAN 4. ok, comfirm aku tengok cerita tu. not gonna miss it.
thanks qurratu and oya. seronok dapat hang dengan korang.
even kite tak sempat ambil gambar , tapi worth it dengan moment2 yang kite spent. sayang kalian.


wasalam
with love,
farahetika                                        

Tuesday, December 21, 2010

ok , aku akan sabar memandangkan ni hari last.!

okay okay,relaks, cool. *tarik nafas panjang2 n hembus laju2*
huh at last  , da boleh berlipur lara da.
sebelum tu , aku nak mengaku awal2 yang aku sangat setuju bila orang kate yang lebih dari 3 hari berkubang kat rumah kita, dah tak kira tetamu. haha
nak halau , rase memang sangat tak baik . sifat mazmumah .
*simpang malaikat 44*
apa boleh buat , diam n pura2 tak layan jela. memandangkan usianye belom sampai angka besar , anggap jela tak matang lagi.ok fine .
tapi aku tak tahu kenapa aku tak boleh anggap dia budak kecik lagi .
sebabnye dia da besa walaupun usia dia  sikit berbanding aku la.
18 - 6 = usia dia



keja aku tak lain tak bukan hitung + - x / berapa malam dia tidur sini .
da melebihi had ok . da lebih had muatan. patutnye yang lebih kene buang . shoohh. bukanlah niat aku jahat nak halau orang , tp dgn adenye dia disini, aku sangat tak bebas nak buat ape yang biasa aku buat. dimana2 ada dia. mandi tengok cermin pon nampak dia . *tp dia tak nampak aku* naya la kalau dia nampak aku. lol . taknak la tengok kau ! asek2 kau. grr.
malam ni last ok , aku masih sabar . tengah kuatkan semangat ni kat charger telepon sambil cas diri aku . haha


an impatient person plays differently than a more patient person.
Vladimir Kramnik 

lepas bace ni , keliru pulak aku yang mane??
haha. lantaklah . buat apa nak fikir sangat hal remeh ni *padahal da 4 hari otak aku kusut gara2 hal ni *



fine , aku sahut cabaran untuk jadi patience!


got to go,
nak cas patience.
with love,farah ^_^     11:52 pm

Sunday, December 19, 2010

boLa sEpak a.k.a soCCer a.k.a 축구 a.k.a Fußball

salam.
ha. mesti pelik kan kenape tiba2 je aku nak bercerita pasal permainan bertaraf dunia aka international sport ni. ?
yela , fifa world cup pun da habis. ni baru nak cerita pasal bola pula .
hey , bola ini tak akan habis la sampai bila2. *yakin je . nanti akan habis juga bila da sampai seru*
haha


aku ni dulu tak sangat minat bola . tak sangat? memang tak pon . haha . 
mana tak nya , game soccer ni hanya diconquer oleh kaum adam . bukan lah kata kaum hawa tak pandai main
tapi kami main dalam kuantiti yg ciput. sikit la tu. tak ramai kot yang boleh main bola. jujur ni, aku pon tak reti juga. haha. aku just bagitahu awal2. aku kan low profile. *wink wink*
tapi , at least aku ada family background pasal bola tau. ayah aku, hero aku la . dia dulu pemain bola .
banyak juga gambar dia mase muda2 dulu *zaman agogo* tengah (ke sedang) main bola .
ayah aku pernah jadi goalkeeper , defender and many more la.
(sebenarnya nak cerita lebih2 tak tahu)


ni nak dijadikan cerita, *muka da serius ni * , aku ada la sorang kawan ni .
kawan dari sekolah rendah sampai la sekolah atas bukit sana. (sekolah menengah) .
dia ni perempuann , sama jantina dengan aku . *siap nak beritahu jantina*
dia ni BFF aku , masa kiteorang form 3, dia sangat addict dengan bola . time tu musim FIFA .
maka , hari2 lah aku dengar dia mengomel pasal bola. JERMAN la, PHILIPP LAHM la. adooiii. pening2.
dah la aku x tahu apa2 pasal bola time tu , ni nak kena dengar plak cerita pasal bola.
kawan punye hal , aku tebalkanlah telinga aku dok dengar apa yang dia bebel.
tapi still juga minat terhadap bola tu belom wujud dalam jantung aku.


Tahun ni pula ada FIFA , so aku determine la dalam diri aku yang aku nak try minat bola .
betul la kata orang , minat tu kene pupuk.
YES ! aku sekarang memang sanagt minat bola . sepanjang FIFA berlangsung , hari2 pergi tengok bola kat rumah makcik aku . anak2 makcik aku pula semua minat bola . and paling best diaorang sudi terangkan aku pasal bola ni . maklumlah , dalam tangan dengan poket aku *apa kene mengena poket*  kosong maklumat pasal bola . kira zero teruslah ilmu di dada pasal bola. sikit2 , ilmu tu aku dapat la. and aku da faham mostly tentang bola.


Kan member aku ni dulu selalu cerita pasal JERMAN , so aku nak la sangat tengok kuat sangat ke JERMAN  ni . sampai mamber aku ni selalu tak tidur malam.
dah la tahun tu kami nak PMR.
know what? aku pula da minat JERMAN . dorang main memang best . banyak skill , pemain pulak ramai yang hot2. sesuai tok cuci mata aku ni ha. haha . ala, gatal sikit jela . biarlah !
yang member aku selalu cerita tu philipp lahm , captain JERMAN. memang sangat bagus la dia. tak salah 
pilih dia jadi captain . sanagt cekap and selalu turun naik padang yang sangat luas hektarnya. haha.

 inilah philipp lahm



alright oya , aku sangat agree dengan kau . Lahm kau sangat comel.! haha
and pemain sangat licik la , aku tak deny .hihi 


.
tapi aku lagi tertarik dengan Mesut Ozil.
Ozil ni , fuhh . Lincah gila kat padang, kat mana2 mesti nampak dia dengan bola .haha.
dia pon power juga la . suka sangat tengok dia. comel juga .
cara dia gelecek bola , bawa bola . isk3. boleh nangis tengok. sangat cantik . betol la. tak tipu . kan tipu dosa.


ozil with the black one



MADRID, SPAIN - DECEMBER 04: Mesut Ozil of Real Madrid runs during the La Liga match between Real Madrid and Valencia at Estadio Santiago Bernabeu on December 4, 2010 in Madrid, Spain.



Real Madrid's Mesut Ozil from Germany, with shirt No.23, celebrates with his fellow teammate after scored against Real Zararagoza during their SpanishLa Liga soccer match at La Romareda stadium in Zaragoza northern, Spain Sunday Dec.12,2010.


Real Madrid's Cristiano Ronaldo (R) celebrates his goal with teammate Mesut Ozil during their Spanish first division soccer match against Valencia at the Santiago Bernabeu stadium in Madrid, December 4, 2010.


ok da, cukup la gambar ozil. kalau nak lagi , search jela ye kat google.
kuasa ade di jari anda . haha .
tapi untuk club , abg ozil saya ni main untuk real madrid. 
nampak kan dia dengan ronaldo tengah peluk tu . jangan fikir lain. diaorang sama team la.
dorang hug sebab dapat gol.!
HURRAY!
Glückwunsch 
*tahniah dalam bahasa jerman*


tapi aku agak hampa la. aku ingat jerman dapat jadi juara FIFA . yela, lagi selangkah dorang dah nak ke final .
terkandas pulak , dapat no 3!
ok la , menang besar juga apa . ingat senang ke nak capai tahap tu. *tetibe emosi . biol*

  1. SPAIN
  2. NETHERLAND
  3. JERMAN

 oklah tu, top 3. !
apa2 pon , good luck untuk semua la pemain bola.
mostly yang aku minat.
aja aja fighting !!!!!

HIDUP JERMAN
STRIVE FOR YOUR GOAL!!!!!!

ini jela kot for now, got to go.
wasalam 
with love , farah. =)