i'm a price tags,,

Saturday, December 18, 2010

..cemburu bertempat..

Aku baru habis menelaah blog kawan lama aku. haissh. sumpah cemburu.
Perlu ke aku nak sebut name die?? hurm. tak perlu la kot..
Tapi aku nak bercerita pasal dia kali ini. Apa aku kisah. Bukan dia tahu pon aku tulis ke or ngumpat dia.
Ni blog aku. haha. Currently dia ade dekat nashville,tennessee. Bestnya if aku dapat jadi dia.
Dapat biasiswa jpa. Seronoknya. nak belajar, merantau negara orang.
Ibu aku selalu cakap nak sorang anak dapat belajar overboard , tapi sampai sekarang hajat ibu tercinta aku tak dapat ditunaikan lagi..
Tak apelah ibu, eyka akan berusaha ye.. Untuk tunaikan hajat ibu tu..InsyaAllah. Tapi kalau nak ikutkan, memang itu lah hajat semua ibu2. betol tak? Nak anak dapat belajar luar negara. Konon nanti bila balik kampung orang semua respek la (ni makcik2 kat kampung yang salu cakap)


Eh , bukan tadi aku cakap nak cerita pasal kawan aku ke? Dush3 (ketuk pale sendiri)
Aku kenal budak ni tak adalah lame sangat. Sekejap je tempoh perkenalan kami. selepas tu ade la crush sikit, maka terputuslah hubungan kami..haha. sah2 korang kene tipu.
Tak adelah , aku kenal dia dari darjah 5 sampai 6 je. 2 tahun jela dapat aku bertemu bertentang mate bertentang hidung bertentang dahi n bertentang macam2 la.
Masa aku darjah lima, baru nak kenal kawan. Maklumlah, aku baru pindah dari Singapore.
Eh , bukan nak berlagak taw. Ni nak habak je..betol ke aku eja habak? ala bahasa penang la. Mane la aku tahu sangat. SALAH? Lantaklah.. Sini tak ada cikgu bm pon. haha.
Perit seyh mase darjah 5 tu, macam2 la juga aku tempoh. Nak kena berkenalan dengan kawan baru la, kenal dgn cikgu2 la, hafal lagu sekolah la n paling susah nak belajar subjek2 baru..
Semuanya lain dari apa yang aku belajar dekat Kota Singa sana.


(dah habis 1 perenggan ni tapi still tak mula cerita pasal si dia)
Time darjah 5, sekolah pagi, aku kelas last sekali 5 MELATI. Si dia pula kelas first 5 MAWAR.
Ni tahu tak sekolah pagi tu apa? Adoii.. tak tahu?? Nak juga aku terangkan la tu. Sekolah pagi tu sekolah kebangsaan la. Yang blaja BM, BI , MATH, SN tu la..Da faham kan? Ni aku nak proceed cerita ni.
Aku sekelas dengan si dia sekolah petang (sekolah agama)
Kawan2 aku kata yang paling pandai kat sekolah kebangsaan paya dalam ni dia la..
GULP. Takut juga aku berhadapan dengan orang pandai ni.. Al maklumlah, aku ni tak sehebat mana pon.
So , selepas setahun berlalu memang sahlah dia budak pandai.
.
.
.
.
.
.
.
2004, aku da 12 tahun.haha. Aku sekelas la dengan dia. RUNSING2. Tak ada harapan aku nak dapat ranking tinggi dalam kelas. (time darjah 5 , aku no 1 je) *bukan berlagak, cerita jela. ni kan blog aku*
Tiap2 kali exam, dialah no first. Semak otak aku. Cemburu tu memanglah ada. MEMANGLAH ADA?
Memang iyelah.! Aku memang sangat cemburu , jealous . ha, macam2 lah aku rasa.
Aku da usaha , tapi ranking tak naik juga.
Mungkin da rezeki dia.
Masa UPSR, dia dapat 5A , aku pula 4A je. Ok la. aku bangga juga. 2 tahun je belajar, da UPSR.
Ok la tu..
Yang aku nak cerita ni, macam mana dia boleh pandai. Ibu dia cakap dgn ibu aku (kamcing) yang dia ade attend kelas ALOHA dulu. hey, jangan salah sangka. Ni bukan ALOHA yg disco tu tapi ALOHA kelas  
abacus la , dalam erti katra lain, sempoa. tu yang math die power! 
Sepupu aku pon ade belajar benda ni juga. Sape yang belajar ni memang math dia tak boleh KICK la.
TERER orang kite cakap. Haha.



Rezeki , Tuhan yang bagi.
 Memang betol la.
Sekolah menengah masing2 da bawa haluan sendiri. Aku sekolah lain , dia sekolah lain.
Bukan sekolah rendah je high ranking, sekolah menengah pon dia sapu juga..
ALHAMDULILLAH rezeki dia..
Sampai la habis SPM, da dapat result semua.
Aku dapat tahu dari org kampung yang dia nak fly..!
wow!!!!
JEALOUS.!
CEMBURU !
Pathetic?? itulah yang aku rasa tentang diri aku..
time yu, aku selalu wish yang if i was her.
Ni yang nak bagitahu ni, si dia tu perempuan la.
bukan lelaki. haha. jangan salah sangka pulak. saje nak buat suspen.


Ada la juga aku update news tentang dia..Kat mana lagi kalau bukan dekat sosial web , FACEBOOK





Kat sini aku tengok la gambar2 dia. Sekali lagi jealous dengan perasaan cemburu melanda..
* jealous dgn cemburu tu bukan same ke*
LANTAKLAH !
Aku seronok tengok gambar dia. At least dapatlah hilangkan kempunan nak pergi oversea.
Sambil tengok gambar dia, aku juga bertekad dalam hati yang aku juga mahu jadi seperti dia.
WILL.!


Ni jela for the time being..
Love , FARAHETIKA..
Wasalam.

No comments:

Post a Comment