i'm a price tags,,

Saturday, December 25, 2010

Kalau nak potong daging , kene lawan arah urat daging ye =)

Ehem3. ok, aku nak mengaku yang hari ini aku baru pandai nak potong daging di dapur. haha..
jangan la pelik pulak ye , memandangkan hari ini ibu dengan ayah aku nak pergi KL hari ini , jadi ringan tulang la aku . konon tunjuk baik la. biar ibu aku cerita kerajinan aku di rumah tolong dia kat dapor kat makcik2 aku.haha.nak mencapap je
sekurang2nya bila aku tersedak , aku tahu la ibu aku tengah puji aku. haha . 
*ada udang sebalik cangkerang pulak buat baik*


frankly ni, aku mang tak berapa gemar ye dok dapur .selagi ibu tak seru aku 3 kali panggil pergi dapor , jangan harap aku akan jejak dapur . kalau mood aku baik, adelah ziarah dapur jugak time ibu aku tengah masak. tapi kalau nak tunggu mood baik aku datang nak masuk dapur , tunggu la beberapa purnama dulu ye .barulah terciptanya mood baik itu. jarang mood baik ni menyerpa aku.
boleh hitung dengan jari la dalam setahun.
ibuku sayang, jangan bersedih ye. selalu la doa agar anakmu ini akan rajin ke dapor dan menolong ape yg patut selain belajar memasak.
*poyo je ayat*
aku ni bukan ape , bukanlah kate tak minat masak, minat tu ade. yang cukup aku lemah bila masak ade letup2.sakit gila lah! ingat tak panas ke kene minyak panas.


minyak ni kalau panas then terpercik, sakit!!


masak ni pon letup2. tak suke3.


waspada ye kalau nak masak.sediakan semua security stuff.haha.


ok2lah , balik ke cerita asal . aku ni selalu la lari tajuk.nasib baiklah karangan aku dulu tak pernah terpesong . haha . ibu aku suruh la aku potong daging yang beliau da rendam agak lame selepas suboh. biar lembutlah daging tu .
selama ni daging tu best je berkubang kat freezer atas kan. nak sejok je. rasakan, hari ni kau rasa suhu malaysia pulak. haha
sangat janggal la aku nak potong daging tu.
pelik je aku tengok daging tu. agaknye daging tu pon kalau boleh cakap,die comfirm pening. mane tak nye, berpusing2 aku pegang dia.
hoi daging, aku lagi lah! dah tahap sampai perlu makan paracetamol . tak berapa clear la urat kau.! haha .
nasib baiklah mata aku ni elok lagi belom rosak walaupun selalu hadap tv.
ibu pesan kalau nak potong daging , mesti lawan arah urat dia. 
biar kalau kita nak rebus , cepat empuk.*tips ni*


setelah 1jam, selesai la misi aku potong daging hari ini.kerja ni selalu ibu aku siap dalam 10-15 minit je , aku pulak. 60 minit . ala, ape aku peduli, siap  jugak ape. aku berjaya. haha .tahniah untuk aku.
aku ni kire boleh dicop sebagai wirawati jugak la! tahu kenapa?
aku bukan setakat potong daging , tapi sempat berlawan pedang dengan



aku sangat geram dgn makhluk ni!!!
tak jelas? ok , aku up lg gambar dia tok tontonan.


housefly la.
urrghh aku sangat benci terhadap dirimu!
ok la, 2 je nak cerita. sekadar berkongsi. nati bile da tue, tingat balik hari ni mesti best! lol

nak take a nap dulu,
wasalam.
with love, 
farah                10:36PM

2 comments:

  1. wehh..sengal gilerr bole tak ko nyerr post! siap nak ade lalat sgla bagai!
    haha..btw, arinie, ak tlong mak ak skett je..
    ta nak la kerek sgt ak ni malas..hihik!

    ReplyDelete
  2. hahaha..aku mang menyirap gn lalat uh.. bukan aq pelihara pon.. sibuk je..nak2 ade daging , wah. bermaharajalela la die..shooh lalat...

    ReplyDelete