i'm a price tags,,

Wednesday, May 25, 2011

Aku sering lalai kepadaNya, Allah pula tak pernah putuskan rezekinya pada aku,, Ya Allah !

Assalamualaikum

detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup ku

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu



Ya Allah, terima kasih atas segala nikmat dan rezekimu yang tidak ternilai kepada aku.
Lagu ini banyak menginsafkan aku.
Kadang ku fikir , Allah begitu murah memberi rezeki tetapi aku ??

Sesungguhnya aku bersyukur padamu ya Allah.
Terima Kasih atas segalanya.

Monday, May 23, 2011

Share : Kisah Malam Pertama i. Auww.


Assalamualaikum.
Malam pertama aku biasa jer…
Aku yg bukak kan, pastu gosok-gosok belek-belek yg mane patut, push the right button, pastu cucuk terus main. Takde maknenye dah nak kiss kiss dulu. Aku tak tahan dah pasal lame sangat dah aku tunggu. Dekat setengah tahun jugak laaa kumpul duit…
First main terkial-kial gak laa carik tempat mane yg harus tekan. Dalam setengah jam camtuh ok dah. Dah familiar la orang kata. First time main dekat 3 jam aku balun sampai panas giler. Hehehehe.
Itu laa pengalaman malam pertama aku main PS1 masa baru beli dulu time aku umur 9 tahun. 
Korang punye kisah malam pertama pulak macam mane?

Heeeee, happynya dapat tunjuk gigi,,
Thanks for reading.


Saturday, May 21, 2011

Gender Discrimination,,


Assalamualaikum.

Today, aku nak story pasal gender discrimination yang currently happen kat 
Malaysia.

Diskriminasi yang diterima oleh pekerja wanita termasuk:

1)Menerima gaji lebih rendah daripada lelaki walaupun mereka melakukan kerja yang sama.


2)Diberikan jenis kerja yang berulang, membosankan, tiada kemahiran serta diletakkan dalam struktur kerja yang paling rendah, contohnya kerja sebagai kerani dan di kilang elektonik.

3)Mereka sering dipecat apabila meningkat umur, selepas berumahtangga dan apabila hamil kerana semua ini hanya akan menaikkan kos majikan.

4)Peluang kenaikan pangkat dan mengikuti latihan adalah terhad.

5)Gangguan seksual.

Bentuk stereotype yang diterapkan dalam nilai sosial :

Mitos pertama: Peranan wanita yang utama ialah menjadi isteri dan ibu. Lelaki pula berperanan sebagai ketua keluarga dan sumber kewangan utama. Justeru itu, sumber pencarian wanita tidak dianggap penting, dan hanya bersifat sampingan.

Mitos kedua: Ciri semulajadi wanita dikatakan lemah-lembut, sabar dan teliti manakala lelaki pula bersifat kuat, agresif, lebih mahir dalam memahami aspek makro. Oleh itu, wanita dianggap lebih sesuai melakukan kerja yang bersifat berulang, teliti dan remeh.

Diskriminasi terhadap wanita seperti ini sebenarnya ialah strategi golongan kapitalis untuk melemahkan kuasa pekerja wanita memperjuangkan isu berkenaan. 

Pertamanya, dengan mengekalkan label “bukan pekerja tetap” terhadap pekerja wanita.

Keduanya, industri di mana majoriti pekerjanya adalah wanita tidak aktif dalam pergerakan pekerja.

Ketiga, wanita menanggung dua bebanan - mencari rezeki dan menguruskan keluarga. Justeru itu, ramai pekerja wanita tidak mampu aktif dalam kesatuan kerana kongkongan tersebut.


Sebagai kesimpulan, umumnya kita mendapati sistem kapitalis sebenarnya menguatkan lagi sistem patriarchy bagi mengekalkan keuntungan mereka di samping memecah-belahkan kuasa pekerja (lelaki dan wanita). Lantaran itu, gerakan pekerja atau aktivis berhaluan kiri, perlu menerima hakikat bahawa perjuangan membebaskan wanita daripada belunggu sistem patriarchy adalah 
selari atau serentak dengan perjuangan menghapuskan diskriminasi kelas.

Sorry if this post may bikin kaum adam marah sama aku. Tapi aku sekadar sharing. The main is, this is the facts.

Thanks for reading.

Friday, May 20, 2011

Sesapa yang tengah bercinta, baru nak kenal cinta. Let me share this.


 
1. salam. Blh sy kenal awk? Sy tertarik dgn prwatakan sopan awk. Dah lama sy prhatikn awk. Awk dak baik n sy trtarik la dgn tudung labuh awk. Sy harap kite bleh brkenalan.. ukhuwah fillah org kate..sy x terer sgt arab ni…
 
 
2. Trima kasih krn mnerima sy. Sy akan try sedaya upaya sy mnjaga awk dan mgikut syariat. Sy tau sy bukan baik sgt, tp demi Allah, sy cuba buat yg trbaik utk awk…
 
 
3. Ingat tau, jaga aurat leklok..jgn bagi org lain nmpk..kuar ngan kwn2 tau.. jgn sorg2..blk contact sy ek..sy doakan awk selalu..
 
 
4. awak,nape x contact sy. Sy risau awk kuar lama2..ye..mmg sy xde hak pun..sy tau sy percaye awk, tp sy x tau la nk kate cmne. Kite slalu nmpk dari jauh je ek.Tp sy rasa awk mcm dkt je ngan sy. Mgkn ni org kate cinta kot, wak..awk cinta sy x? xnk bgtau.. tp sy tau awk cinta sy..awk da malu nk jln tmpt sy lepak sbb malukan?..kih3. .tq.. i love u too..
 
 
5. Wak,selain family, Allah dan rasulnyer.. awk sayang sape ek? Sape saya dlm hati awk?
 
6. Wak wak..dr kawan kite just pggl sy awk je..mcm x special plk diri sy utk awk. sy tringin gak nk jd cm room8 sy ni. Pggl syg.. bole ke? Awk pggl sy bi ek? Rasa mcm baby sket. X salah kan.. just panggilan je..thanks syg.. love u... ..
 
7. Yang. kekdang bi tgk syg ni mcm x prcaya bi je. Yela, bi just tanya syg pkai apa je kan .. tq ek gtau, mkin dalam pulak rindu kat syg ni... .hihihi..
 
 
8. Yang bi nak syg tau, sayanglah segalanya utk bi, syg la pmberi semangat utk bi... yang... ..bi harap bi ngan syg xde rahsia lagi ek.. jgn risau..inikan membuktikan bi caring.. so jgn risau..k..yeye. . bi janji kan jaga rahsia kite..just msg je kan..love u..papai.. mmuahh!
 
9. Syg..da lama kite msg, leh kite jumpe x? ye..ayang bwk la kawan2 k..tq yunk! i love u.... ..
 
 
10. Tq pggl bi ngan pgglan abg.. abg tggu lame da..abg tau..kite x leh pakse dlm hubungan..la iqra hafiddin..:senyum:. . sikit sikit je..kih3..
 
 
11. Hi syg, watpe 2? Nk ckp sket.. nape syg bwk satu battalion nak jumpa abg?... syg x caye kat abg eh.. :sedihnya:..
 
 
12. Syg..kite jumpe k?..abg suka syg pakai tudung yg abg beli tu..cam wardina lak..bkn syg x cntk.. just nmpk mkn cntk la..nipis sikit je.. nnt jumpa nnt syg bwk sorg dah la k..
 
 
13. Syg..abg sory ngan apa jd td.. abg trsentuh jari syg td.. Tol gak ckp syg eh, trsentuh xpe..TER.. :senyum:..makin tebal la pulak cinta abg kat syg..
 
 
14. Thanks jumpa td, syg cntk la.. Ololo..abg romantik sket pun salah ke? Ske abg romantik ek? :senyum:.. Eh, td jumpa abg da berani tenung abg ek..:senyum:.. tgk td kwn syg cam ske kat kwn abg je.. senang la kita jumpa pasni.. tgk..Allah memberkati hubungan kite.. syg solat dah ke? Doakan abg skali ek..miss u..
 
 
15. syg..just nk tanya.. syg cinta bg berapa percent? Apa tandanya eh? 50% je... :sedihnya:..yang. . just nk tanya..rambut syg panjang x? just thinking of u at the moment…
 
 
16. Td terbeli tudung pendek.. yg abg bg kat syg tu.. syg..bg la gmbr syg special untuk abg yg pakai tudung td 2.. Cntk nye syg..gambar ni nak wat wallpaper hp ngan kompter abg la..
 
 
17. Yang.. syg cintakan abg berapa percent? Sepenuh hati Thanks syg..love u too.. abg janji, abg akan jaga syg baik2 dan xkan tinggalkan syg...
 
 
18. Syg..da lame kita couple kan.. xkan abg pegang tgn pun nak marah.. Syg kan milik abg.. Thank 4 being understanding. .
 
19. Syg kata Syg cintakan abg sepenuh hati.. kalu gitu..apa buktinya Syg cintakan abg..?
 
SELEPAS ITU BARU BERMULA ZINA YANG SEBENAR...
 
****************************************************************
20. huh!... syg mengndung? tahu kat ne... cube check balik dgn doktor... xkan sekali buat dah mengandung, check balik k..
 
 
21. huh! btol la syg mengndung ni?? syg, utk kebaikan kita berdua, lebih baik syg gugurkan kandungan tu.. gugurkan k..
 
 
22. Nape plak xnak? xberdosa la klu bunuh benda yang masing xbernyawa.....gugurkan jelah!!! jgn buat masalah bleh x!!
 
23. xsakitlah!!! nape manje sangat ni! xkan bnda mudah cam tu pun xbleh buat..
 
 
24. sori syg, abg xbleh temankan syg ke klinik tu, abg malu klu terserempak dgn family or member, malu la abg klu diorg nmpak abg bwk syg dgn perut syg yg besar tu..
 
 
25. Ape!! RM 5,000?? kau yg mengandung... kau cari sendiri la duit nak gugurkan anak tu.. bukan masalah aku.. lantak kau la... bukan masalah aku jgak keluarga kau pulau kau.. kau tu yg bodoh!! kau ingat kau tu cantik sgt?? aku dah xingin kat kau!! pergi mmpos!
 
 
26. jgn kol n msg lg bleh x?!.. aku sbuk.. xde masa nk layan kau!...
 
27.(terputus hubungan)
- wanita itu mati akibat kegagalan proses penguguran..
- si lelaki mencari mangsa baru..
- dan kejadian terus berulang..
 
ITULAH KEBANYAKAN YANG TERJADI DI DUNIA KITA INI...
 
A ADA SEDANG BER"COUPLE" ANDA MUNGKIN SEDANG MENGHAMPIRI KEPADA ZINA DAN SEKIRANYA LARANGAN ISLAM ANDA KETEPIKAN...ANDA MUNGKIN TIDAK MENGHIRAUKAN DOSA YG ANDA LAKUKAN DAN MAKSIAT YG ANDA LAKUKAN ITU...
 
OLEH ITU SEKIRA APA2 YG BERLAKU PADA DIRI ANDA...
 
JANGAN SALAHKAN AGAMA
JANGAN SALAHKAN KELUARGA
JANGAN SALAHKAN TAKDIR
JANGAN SALAHKAN SESIAPA...TETAPI
 
SALAHKAN DIRI SENDIRI KERANA ANDA SENDIRI YG MEMILIH JALAN INI IAITU JALAN KEHANCURAN DIRI...ANDA SENDIRI YANG MEMILIH JALAN GELAP...
 
INGATLAH...!!!
 
ALLAH S.W.T TIDAK MENZALIMI HAMBANYA AKAN TETAPI MANUSIA ITU YG MENZALIMI DIRINYA SENDIRI...

Thursday, May 19, 2011

Syoknyaa menternak lemakk (macam tajuk cik epal je) LANTAKK !

 Assalamualaikum

Cik Epal,sorry buat title entry ala-ala cik epal. Bukan copycat tapi more to copy membabi buta. harhar.

Di saat ini aku merasakan mahu saja pulang ke UiTM kerana rindu nak panjat batu caves ha tulah kau bila dah kat sana kecoh nak balik rumah siap habaq kat pesbuk skype twitter semua bagai. Okay aku insaf,lepas ni tak buat status lagi pasal nak balik rumah.

Dah lebih kurang 2 minggu aku cuti. Aktiviti aku tak lain tak bukan menternak lemak berkrim bak kata cik epal. Baru aku sedar betapa syokknya menternak lemak berkrim ni. Kang nak hapuskan malaria tapioza lemak-lemak ni pon syyok jugak. 1 hal lagi.

Aku cakap dengan my dearest mom jangan asyik dok masak sedap-sedap je kat dapur tu ha sampai menusuk ke peparu limpa aku. Sekali lagi aku diberi tamparan hebat dengan ibu aku. Gedebushh.

Bebelan mummyku;

Kau masa kat sana hari-hari kol ibu kata lapar gilalah, makanan tak sedaplah, boringlah asyik makanan yang sama. Bila kat rumah ibu masakkan kau kata jangan masak pulak. Kang ibu tak masak betul-betul baru kau tahu.


Hamekau farahetika. Kan dah kena aboogitt dengan mak kau sekali. Okaylah dah sekarang ni aku kat bawah pemerintahan ibu aku, aku ikut jela kata dia.
Nak taknak naik sem baru nanti batu caves akan jadi kawan baik aku i lap ulah batu caves.
Nak kena panjat-panjat dia everyday to get lose of this lemak berkrim. Yehaaa padahal dalam hati memberontak nak mampos. Naik sekali pon macam dah nak mampos termengah-mengah.










Okay tukar topik pulak. Tension aku fikir pasal lemak-lemak ni. Tekanan tahu tak?

Guys, aku nak bagitahu yang aku sangat adore those yang pakai red lipstick ni.
Vintage habis siol. Yet, so sexyy.
On my special day belikan aku satu lipstick in red boleh? harhar.
Gorjes aku tengok. Jeles.

Okaylah that's the only entry. Thanks for reading.

Assalamualaikum.


Sunday, May 15, 2011

One more, Maria Aragon.

Assalamualaikum.

Hi everybody. Apasal sembap mata kau? Haa banyak tidur la tu macam sama je dengan aku 2X5=10 macam ibu aku selalu kata. Boleh jadi genglah kita ni. Nak buat macam mane,nilah akibat dapat semester break pada bulan yang salah yang tak sepatutnya tapi nak buat macamane dari takcuti kang benak kepala otak aku pula. Alhamdulillah ada cuti.

Cuti pula aku tak dapat nak pergi mana-mana. Waduhwaduh, tidak ku ngerti erti cuti. Hari-hari buat aktiviti yang sama. 

Bangun tidur
Makan
Housekeeping jap
Tv
Online
Tv
Online
Tidur
Wassalammmu.

Syok tak jadual aku? Kau mampu? Harhar. Takdelah ni je aku buat. Adalah lagi takkan tu pon nak habaq kat hangpa suma. Kang kata aku nak menunjuk pulak. Tak mahulah macam tu.

Semalam aku ada story morry pasal maddi jane kan? Dah baca belum?
kalau belum, lekas pergi baca. Now Now Now. Cergas !
Okay harini aku nak ceritera pulak pasal this talented young lady pulak.
Thanks to yaya maisarah yang buat aku mahu cerita pasal budak sepuloh tahun ni. 10? Amboi,lambatnya dia lahir. Kakak lahir lagi cepat tau. WEKK !

Sepuluh bukan sebarang sepuloh. Dia dah duet dengan Lady Gagap. Mostly dia banyak cover lagu si gagap ni. Tu yang si gagap ni ajak dia duet kat Toronto.

On February 16, 2011, a video of Aragon performing a cover of "Born This Way" by Lady Gagawas posted to her sister's YouTube channel to showcase her talent to friends and family. The video caught Lady Gaga's attention and she was so impressed by Maria's performance that sheretweeted a link to the video. In 6 days, her video reached over 28 million views.
During an interview on HOT 103 in Winnipeg, Lady Gaga called into the show to tell Maria how moved she had been by her performance. Lady Gaga then invited an already surprised Aragon to perform "Born This Way" with her at The Monster Ball Tour concert in Toronto. On March 3, 2011, Aragon joined Lady Gaga on stage at the Air Canada Centre, where they performed an acoustic duet of "Born this Way" with Maria sitting on Gaga's lap, playing piano and Lady Gaga working the pedals. Aragon later rejoined Lady Gaga and her team of back up dancers for an up tempo version of "Born this Way".
American talk show host Ellen DeGeneres took notice of her from emails and petitions requesting for Aragon's appearance on the show and eventually invited Aragon to appear on her show on February 21, 2011, where Aragon again performed "Born This Way" on the piano earning a standing ovation from the audience. On March 29, 2011, Aragon performed "Born This Way" at her home for Canadian Prime Minister.
Ish, hebat jugak omputih aku ni. Tak percaya aku berjaya copy ayat ni dari wikipedia. Harhar. Meh aku bagi korang semua denga' lagu yang si maria ozawa ehh maria aragon ni haa dok nyanyi.


Born this way,,


Telephone,,


Live maria n gagap,,
Ecehh,untonglahh semua kenal kau. Actually ada lagi video maria kat youtube,korang cekidout sendiri la ye. Takkan tu pon aku nak suap. Tak menang tangan aku. Kang kerja korang rehat je besa'kan montot. kahkahkah. Busuk hati gak aku ni. 
okaylah,tu je aku nak share.
Assalamualaikum.

Saturday, May 14, 2011

Maddi Jane? Kinda cool.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, at last dapat juga blog di-unlock. Semalam blog saya selsema teruk,tu yang tak dapat beroperasi macam sediakala. Hey, not only my blog,tapi seantero blog. Biasalah musim panaskan kat Malaysia ni? Bukan human being je reti sakit. Blog pon teringin nak sakit, alah bisa tegal biasa. harhar. Yang aku tak faham musim panas tapi blog aku boleh selsema teruk macam ada musim salji merry christmas kat negara omputih tu ha. Macam-macam perangai.

Okay this entry aku nak story pasal this sweetie boo, Maddi Jane. Suara dia comel sangat. Kerja major dia aku tak tahu tapi aku tahu kerja minor dia, imitate lagu-lagu hitz negara depa.Maddi Jane is a 12 year old singer and yet her voice is so amazing,bagi akulah. Hangpa suma aku taktaw. Budak kecik ni baru 12 dah ada fanpage sendiri. Senang, aku bagi hangpa suma pesbuk depa.maddi jane. Hangpa nak info dia yang lain,info semua ada kat pesbuk depa. Okaylah jom kita yoyo cekidout !


Yang ni lagu christina perri,jar of hearts.

next song =>


price tags by Jessie J


Just the way you are. Definitely our Bruno Mars.
Our la sangat kan. 


Try dengar and make self-conclusion okay?
byebye.

Assalamualaikum.

Monday, May 9, 2011

Congrates anak-anak hayam Ferguson,,

Assalamualaikum.

Okay, let me start this post with CONGRATULATION to MU. Even i am not a big fan of you but wishes is just my mulut manis di bibir,harhar.
Nak lah juga macam orang lain yang duduk kat kedai mamak dok sorak-sorak sampai pecah 54 meja serentak seluruh stall mamak semalam.

Semalam? Nampak sangat aku wish lebih lambat as usual. Lambat adalah cara aku. Thanks to jimmy yang share dengan aku pasal ke-winning-an MU ni. Kalau tak haram jadah aku tak tahu.Aku memang nak tengok tapi spirit takde.Kalau ayah dengan boboy ada semangatlah sikit.Tengok bola sorang pekejadah. Takut hantu.



Aku pon baru jugak view this video.Sekarang giliran kamu orang pulakk.
Credit to anak hayam Vidic and anak hayam chicarito. Malam ni aku belanja korang dengan anak-anak hayam tambatan aku pulak okay,harhar.


Hurgh,at last dapat juga aku tengok si lampard golkan tok chelsea.Gol mudah yang mungkin aku sendiri pon impossible golkan.Anyway,tahniahlah kepada musuh tradisi dua hekor ni. Dapat jugak masing-masing sumbat gol kang kempunan pulak.Hurray.Hurray? Takde motif.





Javier Chicharito


Nemanja Vidic aka abang manja.
Thats all.
Thanks for reading.





Sunday, May 8, 2011

hey look this ! I gain trophy,,

Assalamualaikum

Sukanya sukanya. I dapat trophy la. First time dapat trophy kat blog .
Credit to rynie yang sudi tagged i.Ni yang i nak nangis 7 hari 4 malam ni.
harhar. I appreciate sangat. How the trophy looks like?
Here we go.


Large size i letak taw. Tak perlu nak cari spec dah. Nampak tak i ni tak suka susahkan orang? I suka memudahkan kerja orang lain janji orang tu tak naik banyak lemak kolestrol.

As i had read earlier post about this award,it says that after receiving the award , tell more bout yourself.
So, i sebagai budak yang selalu berpura-pura jadi notty padahal baik ni ikutlah apa yang telah disuruh. Budak baik kenalah dengar cakap, cett.

okayokay, i nak start story mory ni.

Alkisah bermulalah perjuangan hidup aku sebagai seorang serikandi sebuah kerajaan yang berasal dari isketambebolaikansardin.

Serikandi ini merupakan seorang pelajar yang belajar di satu tempat terpelosok
di satu daerah yang bernama kota lendulencunhabis.

Serikandi ini mempunyai satu cita-cita menuju puncak yang pastinya bukan puncak akademi fantasia tetapi puncak kegemilangan kerajaan beliau,isketambebolaikansardin.

Serikandi ini berjanji akan dirinya akan melalui segala masam-masam manis hidupnya dan akan buat segala yang terbaik untuk selamatkan kerajaannya yang sedang haru-maru,bukan hagemaru.

Serikandi mendambakan seorang serikanda dari kerajaan isketambebolaikanpari yang mampu menyuntik botox dihatinya.
Pastinya serikanda itu seorang yang mampu menolong serikandi menaikkan balik empayar serikandi itu dan bawa serikandi ke jalan hakiki yang diredhai Tuhan sekalian alam.

.
.
.

Penat jugak nak menulis dalam bahasa baku ni.Almaklumlah bahasa melayu i pon dah macam kena masuk darjah 1 balik selamat pagi cikgu bak kata upin tapi bukan ipin sebab time tu ipin tak pergi sekolah terlajak tidur.
Okaylah that's all i nak share for this post.
byebye.